Rabu, September 17, 2008

BUKAN PEJUANG BANGSA

DEMI ALLAH DAN RASUL KAMI BUKAN PEJUANG BANGSA

menurut ajaran agama islam yang nabi kami ( Muhamad s.a.w ) bawa tidak ada sebarang hak keistimewaan bagi seseorang manusia atau sesuatu kaum / bangsa... !!! nabi Muhamad diutuskan oleh Allah s.w.t bukan untuk memperjuangkan atau menganugerahkan hak keistimewaan bagi seseorang atau sesuatu bangsa dan kaum.. kerana agama islam yang kami anuti adalah rahmat bagi sekelian alam termasuk bagi sekelian manusia tanpa mengira bangsa, kaum dan warna kulit.. nabi Muhamad sendiri tidak pernah sesekali memperjuangkan bangsanya ( arab ) malah baginda sendiri memberi peringatan serta amaran keras terhadap mereka2 yang memperjuangkan bangsa�( semangat kebangsaan ) "bukan dari kalangan kita org yg menyeru ke arah assabiyyah ( kebangsaan ), bukan dari kalangan kita org yg berperang di atas dasar assabiyyah dan bukan dari kalangan kita org yg mati di atas dasar assabiyyah ( kebangsaan ). " Rasulullah tidak mengaku umat kepada sesiapa yang berjuang atas dasar bangsa.. " maafkan kami kerana tidak bersama2 anda semua memperjuangkan hak istimewa bangsa melayu kerana kami takut dgn amaran nabi kami.. kerana bagi kami jika kami menentang segala perintah nabi kami maka secara tak langsung kami juga menentang perintah tuhan kami.. kami berjuang kerana agama kami... bukan kerana bangsa kami.. demi Allah kami tidak akan sekali - kali mengikuti jejak langkah kaum yahudi yang berjuang kerana bangsa... oleh itu setiap dari ketua negara yang kami pilih wajiblah beragama islam tetapi tidak semestinya sebangsa dengan kami.. kami juga akan melantik pemimpin dikalangan bukan islam bagi menjaga kepentingan dan kemaslahatan masyarakat bukan islam tetapi haruslah mengikut segala peruntukan yang dijamin oleh agama kami ke atas mereka seperti yang terkandung di dalam al-quran dan hadis nabi kami.. bagi agama kami hak istimewa akan dianugerahkan kepada setiap manusia dan kaum itu bila mana mereka tunduk dan patuh kepada segala perintah agama islam, bertakwa serta sanggup berjihad demi mendaulatkan agama Allah di dalam semua aspek kehidupan di atas muka bumi ini..
justeru itu kami akan sentiasa memperjuangkan serta menegakkan agama allah di atas muka bumi ini.. jika diteliti sirah baginda Rasulullah s.a.w, sejarah perjuangan para sahabat dan juga sejarah umat islam yang ingin menegakkan agama allah mereka akan sentiasa berhadapan dgn segala macam jentera dan kekuatan musuh sampai hari qiamat.. mereka2 yg memperjuangkan agama allah akan sentiasa ditentang dgn bermacam-macam ideologi ciptaan manusia serta dakyah2 musuh yg dari kalangan orang2 munafik dan kafir.. malah nabi Muhamad s.a.w sendiri pernah berpesan di suatu masa nanti apa bila telah hampir waktu dekatnya dengan qiamat maka di kala itu umatku yg memperjuangkan agama allah akan ditentang habis- habisan bukan shj dari kalangan orang2 kafir malah mereka juga akan ditentang oleh orang2 islam yg telah hilang ruh islam di dalam jiwa mereka..